Special Projects

Sunday, September 6, 2015

Jelajah Hutan Sintok Merdeka Beri Semangat Baru Kepada Staf



Sempena sambutan bulan kemerdekaan ke-58 ini, ITU-UUM telah mengambil inisiatif menganjurkan program  Jelajah Hutan Sintok Merdeka pada 27 Ogos 2015 yang lalu. Tujuan utama aktiviti ini diadakan adalah untuk melihat sendiri Pokok Merbau yang terbesar di kawasan Hutan Sintok dan secara tidak langsung menghargai serta menghayati keindahan khazanah alam semulajadi yang terdapat disekitar kawasan UUM. Idea yang dicetuskan  oleh Timbalan Pengarah dan  merangkap Pengarah ITU-UUM iaitu Dr. Mohd Shamrie Sainin  menjadikan aktiviti ini sebagai acara sambutan bulan kemerdekaan  berjaya menyuntik semangat berpasukan dan kerjasama yang jitu di kalangan staf yang terlibat.

Penglibatan seramai 45 staf dari pelbagai jabatan telah membuktikan  bahawa aktiviti sebegini dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim dan memperkukuhkan semangat berpasukan dan perpaduan di kalangan warga kerja UUM dalam menghayati erti kemerdekaan itu sendiri. Selain itu, pengalaman merentasi halangan-halangan yang agak mencabar dengan struktur muka bumi yang licin dan lembab  pada hari berkenaan telah memberi satu kenangan yang amat bermakna bagi setiap peserta yang hadir. Sebagai usaha  untuk menyemarakkan lagi sambutan kemerdekaan dan semangat patriotisme, Bendera Malaysia dan Bendera UUM telah berjaya dikibarkan di bawah pokok Merbau tersebut. Aktiviti ini bermula pada jam 9.00 pagi dan berakhir sekitar jam 1.00 petang dengan diiringi dengan wajah-wajah kegembiraan dan kepenatan hasil daripada perjalanan yang telah mereka tempuhi.

0 comments:

Post a Comment

RSS

Bookmark and Share
 |  Cetak!
Related Posts with Thumbnails

Widget